contoh ayat kutipan derma kematian

3 Contoh Ayat Kutipan Derma Kematian (Terkini)

Ramai menganggap ayat kutipan derma kematian adalah salah satu perbuatan mengemis. Walhal, derma kematian seperti ini mampu meringankan beban musibah keluarga arwah.

Jadi, jika adanya kematian dalam keluarga, organisasi atau rakan rapat, jangan segan untuk membuka tabung derma kematian.

Teruskan membaca untuk mengetahui bolehkah derma kematian dilancarkan, syarat dari segi undang-undang sebelum melaksanakannya dan juga ayat mudah untuk derma kematian.

Apa Hukum Kutip Derma Kematian?

Derma kematian biasanya digunakan untuk meringankan bebanan keluarga arwah, apalagi jika si mati merupakan tulang belakang keluarga, iaitu tempat ahli keluarga bergantung hidup.

Wang sedekah itu boleh juga digunakan untuk keperluan si mati sendiri seperti perbelanjaan pengurusan jenazah dan melangsaikan hutang piutang si mati apabila si mati tidak ada meninggalkan harta pusaka.

Sebagai salah satu cara membelanjakan harta pada jalan Allah, derma kematian itu merupakan sedekah.

ayat kutipan derma kematian

Faedah Kutip Derma Kematian

1. Langsaikan Hutang Arwah

Sungguhpun pelangsaian hutang arwah jatuh pada tanggungjawab ahli keluarganya, derma kematian sedikit sebanyak dapat membantu.

2. Bayaran Urusan Jenazah Arwah

Urusan jenazah kini mempunyai kos yang besar. Jadi dengan menyertai derma atau khairat kematian, sedikit sebanyak akan meringankan bayaran urusan jenazah.

3. Alternatif Hibah (Jika Tiada)

Lebihan daripada tabung kematian boleh digunakan sebagai tambahan kepada hibah arwah jika ada.

4. Peluang Orang Lain Bersedekah

Derma kematian merupakan salah satu daripada cabang untuk bersedekah. Selain dariapda wang ringgit, anda juga boleh menderma dari sudut tenaga dan pengurusan.

5. Ringankan Beban Keluarga Arwah

Wang yang berjaya dikumpulkan dapat membantu keluarga arwah apabila menghadapi musibah kematian. Bebab kos pengurusan jenazah dan juga urusan-urusan kematian yang lain dapat dikuranglan.

ayat kutipan derma kematian

Syarat Kutip Derma Kematian

1. Surat Daftar Kematian / Sijil Mati Arwah

Surat daftar kematian dikeluarkan oleh pihak hospital atau PDRM. Ini juga digunakan untuk mendaftar kematian di JPN

2. Laporan dan kebenaran polis.

Sebarang aktiviti kutipan derma perlu mempunyai kebenaran polis. Untuk derma kematian, sijil kematian / surat daftar kematian diperlukan.

ayat kutipan derma kematian

Contoh Ayat Kutipan Derma Kematian

1. Kutipan Derma Kematian A

Kami ingin memaklumkan bahawa suatu Kutipan Derma bagi keluarga Allahyarham [Nama arwah A] akan dijalankan dari [tarikh atau tempoh derma dijalankan]

[Letakkan nama institusi atau persatuan yang melancarkan derma]

[Letakkan nombor laporan / nombor siri kebenaran polis]

2. Kutipan Derma Kematian B

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Untuk makluman, pada [tarikh kematian], [Nama arwah B] dari [alamat ringkas] telah kembali ke rahmatullah.

Sumbangan ikhlas ini akan dikutip bagi membantu keluarga arwah .Mohon jasa baik kita semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin, InsyaAllah.

Sekian terima kasih.

[Letakkan nama institusi atau persatuan yang melancarkan derma]

[Letakkan nombor laporan / nombor siri kebenaran polis]

3. Kutipan Derma Kematian C

TABUNG DERMA KILAT KEMATIAN

Dukacitanya dimaklumkan bahawa [nama arwah C] telah kembali ke rahmatullah pada [tarikh meninggal]

Wang sumbangan boleh disalurkan ke

[Bank dan nombor akaun bank]

Atau

[Link pembayaran menggunakan sistem kutipan]

Segala sumbangan dan bantuan amatlah kami hargai.

[Letakkan nama institusi atau persatuan yang melancarkan derma]

[Letakkan nombor laporan / nombor siri kebenaran polis]

 

Kutip Derma Kematian Secara Online – Herepay

Herepay menawarkan solusi buat para pengutip derma kematian yang bijak mahu melajukan kempen kutipan dan menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.

Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.

Klik gambar di bawah dan mula lajukan kutipan derma kematian.

sistem kutipan yuran

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

4 Cara Mengumpul Dana Untuk Sekolah Yang Proven (Kajian Kes SJKC)

3 Contoh Surat Memberi Sumbangan Ikhlas (Edisi 2023)

5 Contoh Surat Sumbangan Dana Sekolah,Tahfiz Dan Yayasan (2023)