ayat copywriting mohon sumbangan

4 Ayat Copywriting Mohon Sumbangan Yang Convert (Template)

Aktiviti mengutip dan mengumpul dana memerlukan ayat copywriting mohon sumbangan yang tepat supaya dana dan sumbangan yang anda terima menjentik emosi pembaca. 

Jika tidak ditulis secara berstruktur dengan suntikan emosi, ayat tersebut hanya dianggap seperti lambakan iklan-iklan di sosial media dan orang ramai tidak akan melayan permohonan tersebut.

“Tulislah copywriting menggunakan bahasa yang digunakan audiens anda. Tulis untuk manusia bukan robot.”

Ramai mengabaikan ciri-ciri penting dalam surat sumbangan lalu merasakan surat sumbangan ikhlas tidak ubah seperti meminta derma.

Teruskan pembacaan artikel ini untuk mendapatkan ayat-ayat copywriting untuk mohon sumbangan.

Apa Itu Ayat Mohon Sumbangan?

Ayat mohon sumbangan adalah ayat yang disusun dalam surat mohon sumbangan untuk memberitahu hasrat organisasi untuk meminta bantuan kewangan.

Ayat-ayat ini akan menyatakan niat, sasaran dana, aktiviti yang dilakukan dengan dana tersebut serta kesan positif apabila program atau majlis mereka berjaya dilaksanakan

Kenapa Perlu Buat Ayat Mohon Sumbangan?

Ia perlu dibuat supaya pemberi sumbangan tahu dengan jelas ke manakah dana yang mereka gunakan itu.

Ayat yang disusun dengan baik memberi suatu gambaran bahawa sumbangan mereka digunakan dengan baik selain menunjukkan organisasi tersebut dipercayai.

Format Surat Mohon Sumbangan (LENGKAP)

contoh ayat copywriting mohon sumbangan herepay

 

  • 1. Subjek
  • 2. Detail Program Sumbangan
  • 3. Nombor Akaun Pemohon Sumbangan
  • 4. Maklumat Pemohon Sumbangan
  • 5. Maklumat Pemberi Sumbangan
  • 6. Tandatangan Person-in-Charge

 

Ayat Copywriting Mohon Sumbangan Yang Convert

1. Ayat Mohon Sumbangan Sekolah

ayat copywriting mohon sumbangan herepay

 

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM FASA 1

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SMK Bugaya telah dan sedang mengelolakan Program Teknik Menjawab Peperiksaan SPM yang dijadualkan pada 20 hingga 25 Februari 2017 (Isnin hingga Sabtu). Program ini adalah bertujuan meningkatkan kefahaman guru berkenaan teknik menjawab kertas soalan dan kaedah memeriksa kertas peperiksaan mengikut kaedah yang betul. Program ini dilihat amat membantu guru dan juga pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.
  1. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah bersetuju untuk memberi insentif dan penghargaan kepada para penceramah dalaman dan luaran yang dijemput khas untuk membimbing para peserta yang terlibat. Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon agar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bugaya dapat memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM 1500.00 demi kelancaran program.
  2. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Program Teknik Menjawab Peperiksaan SPM 2017 sebagai rujukan pihak tuan. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

2. Ayat Mohon Sumbangan Yayasan

ayat copywriting mohon sumbangan yayasan

 

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0

Dengan segala hormat dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Kami Mahasiswa Tahun 4 Binaan Bangunan SPPQ dengan kerjasama Fakulti Pendidkan Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan “KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0 “ yang akan diadakan pada 30 Mac 2018 hingga 6 April  2018 di Kampung Sinjia Sanul Kratie, Kemboja.
  2. Untuk makluman pihak Tuan/Puan program berimpak tinggi ini diadakan bertujuan untuk membantu merealisasikan pembanguan lestari di Kemboja untuk melaksanakan Program berasaskan “Community Based Learning” berfungsi sebagai platform bagi membolehkan mahasiswa dan mahasiswi UTM mendekati komuniti secara global iaitu komuniti ASEAN serta melaksanakan komponen New Acedamia Learning Innovation (NALI) merentas keunikan pengajian dan memberikan pengalaman (Experintial Learning) kepada semua mahasiswa yang terlibat. Antara program yang akan kami laksanakan ialah program wakaf iaitu untuk pembangunan lestari kampung dengan membina tandas berinovatif, telaga pam air, program pembangunan wanita, program pembangunan pendidikan, kelab suka belajar dan program berkhatan.
  3. Sehubungan dengan itu, saya AHMAD FUAD BIN SEMAN selaku Pengarah Program, dengan rasa rendah diri mewakili kesemua pihak sekretariat ingin mewujudkan jalinan kerjasama serta memohon penajaan atau sumbangan dari pihak Tuan/Puan dari segi sumbangan tunai atau dari segi barangan dalam menjayakan lagi program berimpak tinggi ini.
  4. Turut disertakan bersama surat ini ialah Surat Kelulusan Program “KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0”, Surat Kelulusan Penajaan Luar serta Ringkasan Program untuk rujukan dan semakan pihak Tuan/Puan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak  sekretariat program seperti yang tertera dibawah.

BIRO PENAJAAN

“KEMBARA LESTARI KOMUNITI KEMBOJA 2.0”

FAKULTI PENDIDIKAN

MAHASISWA SPPQ

Universiti Teknologi

Malaysia, 81310 Skudai,

Johor.

 

(U/P:

AKAUN BANK :

TUNAI /CEK ATAS NAMA (BENDAHARI UTM)

DEPOSIT (CIMB BANK –ACCOUNT NUMBER: 800605XXXX)

Sila kirimkan cek / bukti pembayaran sumbangan melalui Email:

kembarakembojautm@gmail.com / talian 014- 509XXXX (Nazahah)

  1. Segala sokongan dan jasa baik daripada pihak Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

3. Ayat Mohon Sumbangan Pendidikan

ayat copywriting mohon sumbangan pendidikan sekolah

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program Dakwah Bil Hal dan Ziarah Kebajikan Saudara Baharu di Kg. Telutu, Pitas pada ketetapan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh         : 16 – 18 Mac 2016

Hari             : Rabu sehingga Jumaat

Tempat        : Kg. Telutu, Pitas

  1. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan ikhlas daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau kit kelengkapan ibadah dan kit keperluan asas untuk diagihkan kepada saudara baharu tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
  2. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Md Nazrie Petir di talian H/P: 014-866XXXX atau No. Pejabat 088-320XXX Samb : 27XX.

Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

 

4. Ayat Mohon Sumbangan Kos Rawatan Sakit

ayat copywriting mohon sumbangan kos rawatan sakit

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PESAKIT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Untuk makluman pihak tuan/puan, salah seorang mahasiswa Terengganu di Mesir yang bernama Noorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor, nombor kad pengenalan [90XXXX-11-XXXX] dan nombor pasport [A1907XXXX] telah disyaki mengalami penyakit Guillian Barre Syndrome (GBS) yang menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan di Hospital Pakar Universiti Ain Shams selama beberapa hari.
  2. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak hospital, kos rawatan penyakit beliau mencecah LE 17,000 (RM 8,500) dan berkemungkinan nilai tersebut akan meningkat.
  3. Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, maklumat pengajian, resit pembayaran dan lain-lain maklumat yang berkaitan. (Rujuk lampiran)
  4. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun HSBC bernombor [0320851XXXXXX] atas nama Noorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor atau boleh berhubung terus dengan bapa beliau; Hj. Mohd Noor bin Mamat di talian [+601993XXXXX].
  5. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

    “KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

    “BERILMU DAN BERAMAL”

Yang menjalankan tugas.

 

Sistem Kutipan Dana Online – Herepay

Herepay merupakan sebuah sistem kutipan yang menawarkan solusi buat admin kewangan bijak yang mahu menjayakan kempen kutipan sumbangan tanpa kekeliruan transaksi dan kerja-kerja manual.

Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay. Tidak perlu lagi semak silang bukti pembayaran pemberi sumbangan dengan penyata bank!

Klik gambar di bawah dan mula mudahkan proses mengutip sumbangan dana anda!

sistem kutipan dana sumbangan

Post navigation

Ayat Mohon Sumbangan di WhatsApp Dan Telegram (TERKINI)

4 Cara Mengumpul Dana Untuk Sekolah Yang Proven (Kajian Kes SJKC)

3 Contoh Surat Memberi Sumbangan Ikhlas (Edisi 2023)

5 Contoh Surat Sumbangan Dana Sekolah,Tahfiz Dan Yayasan (2023)