cara kutip yuran sekolah rendah herepay

Kutip Bayaran Tuisyen Sekolah Rendah 5 Minit? Ini Caranya

Jika anda seorang pengurus dan admin pusat tuisyen sekolah rendah, proses kutip bayaran tuisyen sekolah rendah lazimnya tidaklah begitu menggembirakan. 

Proses yang manual, leceh, renyah dan berulang ini kerap kali menyebabkan anda burn out dan rasa tidak produktif. Hakikatnnya, kerja-kerja yang manual itu boleh diautomatikkan dengan menggunakan sistem kutipan yuran yang tepat. 

“Kerja-kerja kutip yuran biasanya dipandang sebagai kerja yang leceh, renyah, berulang, penat dan tidak produktif.”

Dan pada masa sama, anda pasti mahukan sistem yang membantu anda dari sudut kutipan agar anda dapat fokus dalam mengajar murid-murid di pusat tuisyen.

Teruskan membaca untuk dapatkan pengiran bayaran tuisyen sekolah rendah dan sisitem yang membantu kutipan bayaran secara sistematik.

Harga Tuisyen Sekolah Rendah (Edisi Terkini)

Harga di bawah adalah anggaran setiap bulan untuk 4 subjek (BM, BI, Matemaik & Sains) yang ditawarkan oleh pusat tuisyen. Ini biasanya tidak termasuk dengan harga pendaftaran dan juga modul pembelajaran jika ada.

  • Harga Tuisyen Darjah 1-5 = RM210 / bulan
  • Harga Tuisyen Darjah 6 = RM220 / bulan

Cara Pengiraan Harga Tuisyen Sekolah Rendah.

Pengiraan berbeza sama ada belajar di pusat tuisyen atau belajar one-one tutoring. Formula di bawah adalah pengiraan untuk belajar secara home tuisyen.

Formula Harga Tuisyen Sekolah Rendah.

Katakan bayaran per jam untuk pelajar darjah 6 adalah RM50/jam.

Cara pengiraan yuran bulanan:

RM50 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1jam 30 minit) x 4 kali sesi kelas sebulan =  RM300 sebulan.

bayaran tuisyen sekolah rendah

Cabaran Dalam Kutip Bayaran Tuisyen Sekolah Rendah

1. Admin Guna Sistem Manual (Leceh & Renyah)

Masih ramai yang mengekalkan sistem kutipan secara manual yakni, ibu bapa akan menerima invois bayaran setiap kali akhir bulan dan bayaran akan diberikan kepada admin atau guru tuisyen.

2. Bayaran Guna Tunai (Cash)

Ibu bapa masih gemar menggunakan tunai untuk membayar. Jika mereka membuka pembayaran bank transfer sekalipun, mereka terpaksa melallui proses semak silang dalam akaun bank yang melecehkan.

3. Tiada Fungsi Automatik Invois.

Kebanyakan pelajar akan memilih subjek yang sama atau tempoh yang sama sepanjang mereka tuisyen. Jadi invois mereka sama setiap kali tiba tempoh pembayaran.

4. Perlu Tulis Resit Manual Berulang Kali.

Bayangkan sahaja dalam satu kelas ada 30 orang. Maka anda terpaksa menulis resit sebanyak 30 kali untuk setiap bulan. Itu baru satu kumpulan kelas.

5. Sukar Dapat Data Tunggakan ‘Real-Time’.

Guru sukar memantau prestasi pembayaran yuran anak murid mereka. Adakalanya, mereka terpaksa melaburkan sedikit kos mencetak kad pembayaran sebagai sistem untuk menyemak pembayaran.

bayaran tuisyen sekolah rendah

Solusi Kutipan Bayaran Tuisyen Sekolah Rendah

1.     Guna Sistem Kutipan Yuran

Sistem kutipan yuran akan membantu guru-guru tuisyen untuk memendekkan dan menjimatkan masa mengutip yuran.

2.     Hantar Automatik Invois Pada Ibu Bapa

Sistem kutipan seperti Herepay mempunyai kelebihan menghantar invois terus kepada ibu bapa. Ini jauh lebih baik daripada memberinya kepada anak murid untuk disampaikan kepada ibu bapa. Invois yang dihantar juga boleh ditetapkan hari dan tempoh penghantaran.

3.     Tetapkan Recurring Payment Pada Ibu Bapa

Ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka sepanjang setahun, pasti akan membayar pada setiap bulan. Herepay dapat bentukkan pembayaran berkala (recurring payment) kepada ibu bapa.

4.     Resit Online Secara Email Pada Ibu Bapa

Guru tidak perlu lagi menulis resit setiap kali pembayaran. Resit akan dihantar secara automatik kepada ibu bapa sebaik sahaja selesai pembayaran. Herepay akan terus menghantar kepada emel mereka atau mereka boleh muat turun dengan link yang diberikan.

 

Guna Herepay Untuk Kutip Bayaran Tuisyen Sekolah Rendah 

kutip yuran tuisyen sekolah rendah herepay

  1. Daftar 

  2. Isi Maklumat Organisasi 

  3. Bina Borang Kutipan 

  4. Kongsi/Promote Link 

 

Daftar Herepay Di Sini

Herepay menawarkan solusi buat para guru dan admin kewangan yang bijak mahu menguruskan rekod transaksi tanpa kekeliruan.

Selain mudah untuk setup, masa dan tenaga juga terjimat dengan resit automatik yang dikeluarkan oleh Herepay.

Klik gambar di bawah dan mula menggunakan Herepay untuk mengutip yuran tuisyen sekolah rendah anda.

 

Post navigation

4 Salah Faham Umum Tentang Sistem Kutipan Yuran (Terkini)

3 Punca Ibu Bapa Bayar Yuran PIBG Lewat

14 Masalah Kutipan Yuran PIBG Dihadapi Guru Di Malaysia

Kenapa Sekolah Susah Capai Sasaran Kutipan Yuran?