Kira Potongan Cukai Berjadual (MTD), EPF, SOCSO, EIS & gaji bersih anda. Pantas, percuma, tiada iklan.
Butiran anda
Tetapan lanjut (pilihan)
Keputusan
Kos majikan & pecahan cukai
Gaji keluar tiap bulan. Duit masuk pula?
Herepay bantu perniagaan & organisasi terima bayaran online: FPX, DuitNow QR & pautan bayaran, dengan rekod kemas.
Daftar Herepay →Apa itu PCB (Potongan Cukai Berjadual)?
PCB (atau Monthly Tax Deduction, MTD) ialah cukai pendapatan yang dipotong daripada gaji pekerja setiap bulan oleh majikan, dan dihantar kepada LHDN sebelum 15 haribulan berikutnya. Ia sistem "bayar semasa peroleh" supaya pekerja tidak terkejut dengan cukai besar hujung tahun.
Macam mana PCB dikira?
Ringkasnya: pendapatan tahunan ditolak caruman EPF dan pelepasan (relief) peribadi untuk dapat pendapatan bercukai. Kadar cukai progresif dikenakan, ditolak rebat, kemudian dibahagi 12 untuk anggaran PCB sebulan.
| Pendapatan bercukai (RM) | Kadar atas lebihan | Cukai terkumpul (RM) |
|---|---|---|
| 0 - 5,000 | 0% | 0 |
| 5,001 - 20,000 | 1% | 0 |
| 20,001 - 35,000 | 3% | 150 |
| 35,001 - 50,000 | 6% | 600 |
| 50,001 - 70,000 | 11% | 1,500 |
| 70,001 - 100,000 | 19% | 3,700 |
| 100,001 - 400,000 | 25% | 9,400 |
| 400,001 - 600,000 | 26% | 84,400 |
| 600,001 - 2,000,000 | 28% | 136,400 |
| 2,000,001 ke atas | 30% | 528,400 |
Rebat RM400 diberi jika pendapatan bercukai ≤ RM35,000 (tambah RM400 untuk pasangan jika berkahwin & pasangan tiada pendapatan).
Soalan lazim
Gaji berapa baru kena PCB?
Bagi individu bujang, PCB biasanya bermula sekitar gaji RM3,500-4,000 sebulan (selepas EPF & pelepasan). Di bawah itu, rebat RM400 selalunya menjadikan cukai sifar.
PCB termasuk EPF dan SOCSO?
Tidak. PCB ialah cukai pendapatan sahaja. EPF, SOCSO dan EIS adalah potongan berasingan. Kalkulator ini tunjuk kesemuanya + gaji bersih anda.
Adakah kiraan ini rasmi?
Ini anggaran tepat untuk kes gaji tetap bulanan, guna jadual cukai & kadar rasmi. Untuk pengesahan muktamad (terutama bonus/komisen), guna kalkulator rasmi LHDN di calcpcbplus.hasil.gov.my.
Data saya selamat?
Ya. Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda. Tiada maklumat gaji dihantar ke mana-mana pelayan.
Kalkulator lain
Kalkulator Gaji Bersih · Kalkulator EPF (KWSP) · Kalkulator SOCSO & EIS · Penjana Invois & Resit · Semua tools percuma · Kalkulator Kos Kutipan