Herepay merupakan sebuah syarikat software yang membekalkan infrastruktur pembayaran online untuk sekolah dan organisasi yang berdaftar dan sah di Malaysia.
Herepay bantu pengguna mencipta borang bayaran online, terima kutipan secara ansuran/penuh, urus kutipan, semak kutipan dan muat naik database pelajar dan penyumbang.
Herepay dibangunkan oleh pendidik dan anak pendidik yang empati dengan cabaran dihadapi golongan pendidik di Malaysia.
Tugas seorang pendidik sepatutnya mengajar anak bangsa. Malangnya, majoriti pendidik hari ini berdepan dengan stress melampau ekoran terpaksa membuat kerja-kerja pengurusan yang leceh, renyah dan manual.
Solusi untuk cabaran ini sebenarnya adalah dengan automasikan proses tersebut dan gunakan infrastruktur online untuk terima dan urus kutipan yuran & dana.
47 dari 50 sekolah yang menggunakan Herepay sebagai sistem kutipan yuran telah berjaya naikkan produktiviti guru mereka sehingga 3X.
Perubahan ini berlaku hanya dengan syarat, PIBG / organisasi mewajibkan kutipan dan pengurusan yuran secara holistik menggunakan Herepay.Â
Herepay Untuk Semua
Semenjak tahun 2021, Herepay telah digunakan lebih daripada 300+ sekolah kerajaan harian, sekolah swasta, maahad tahfiz, yayasan dan organisasi yang mengutip yuran dan dana di seluruh Malaysia