Kalkulator Kos Kutipan Bayaran
Berapa sebenarnya anda bayar untuk kutip duit sekarang? Masukkan kadar yang anda guna hari ini dan bandingkan dengan kadar flat Herepay untuk FPX.
Kutipan anda
Contoh: 300 transaksi x RM120 = RM36,000 kutipan sebulan.
Kadar anda sekarang
Kalau penyedia anda caj peratus (biasanya kad atau e-dompet), isi ruangan peratus. Kalau caj tetap setiap transaksi (biasanya FPX), isi ruangan RM.
Kadar Herepay
Kadar 2026. RM0 yuran setup, RM0 yuran bulanan, RM0 yuran tahunan. Boleh ubah kalau anda ada kadar khas.
Ikut saiz kutipan
Guna kadar dan purata nilai transaksi yang anda masukkan di atas.
| Transaksi sebulan | Kos sekarang | Kos Herepay | Beza sebulan |
|---|
Jual lebih mahal, caj tetap sama
Herepay caj kadar tetap setiap transaksi FPX, jadi kos anda boleh dijangka dari bulan pertama. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran bulanan, tiada yuran tahunan. Anda bayar bila ada kutipan sahaja.
Apa itu kadar berkesan (effective rate)?
Kadar berkesan ialah jumlah semua caj dibahagi dengan jumlah duit yang anda kutip. Ia lebih jujur daripada melihat kadar tersiar sahaja, kerana yuran bulanan dan yuran tahunan turut menaikkan kos sebenar anda. Dua penyedia boleh tersiar kadar yang hampir sama tetapi memberi kadar berkesan yang jauh berbeza.
Kadar peratus lawan kadar tetap
Kadar peratus naik mengikut nilai transaksi. Jual barang RM50, anda bayar sedikit. Jual barang RM2,000, anda bayar banyak walaupun kerja penyedia sama sahaja. Kadar tetap pula sama untuk setiap transaksi, jadi kos anda boleh dijangka dan tidak menghukum jualan bernilai tinggi.
Bila kadar peratus lebih baik?
Kalau purata transaksi anda sangat kecil, kadar peratus boleh jadi lebih murah daripada kadar tetap. Kalkulator ini akan tunjuk keadaan itu dengan jujur. Masukkan angka sebenar anda dan lihat sendiri.