Danathon SKTSR 2025
RM107,853

dikutip melalui Herepay dalam tempoh sebulan, tanpa yuran langganan dan tanpa potongan caj admin.

PIBG SK Taman Sri Rampai Setapak, Kuala Lumpur 3 Nov - 3 Dis 2025
+RM50 diterima+RM20 masukRanking #3
RM0yuran langganan platform
100%sumbangan masuk ke akaun PIBG
2,000kod QR unik murid & guru
RM40,844terus melalui kod QR (1,367 transaksi)

Ringkasan pantas

  • PIBG SK Taman Sri Rampai mengutip RM107,853 untuk Danathon 2025 melalui borang kutipan Herepay.
  • Setiap murid dan guru mendapat kod QR unik. Ibu bapa hanya kongsi QR, dan setiap sumbangan direkod secara automatik.
  • Ranking live mencetuskan persaingan sihat. Pengumpul terbanyak menerima hadiah, termasuk basikal.

Ramai PIBG masih mencari rentak terbaik untuk kutipan sumbangan. Bagaimana nak capai lebih ramai penyumbang tanpa membebankan guru dan AJK? Artikel ini kongsikan langkah demi langkah apa yang SK Taman Sri Rampai lakukan, dan bagaimana sekolah anda boleh guna kaedah yang sama.

Cara lama: donathon dengan kad manual.

Sebelum ini, donathon sekolah hampir sinonim dengan kad kutipan kertas. Murid bawa pulang kad, ibu bapa minta sumbangan daripada saudara-mara dan rakan sekerja, kemudian tunai dan kad diserahkan semula kepada guru kelas.

Ditulis tanganNama penyumbang dan jumlah dicatat satu per satu.
Dikira manualGuru dan bendahari habiskan berjam-jam mengira tunai.
Mudah silap & hilangKad koyak, tercicir atau jumlah tidak sepadan.
Terhad kepada orang terdekatPenyumbang perlu berjumpa secara fizikal.
Tiada gambaran semasaJumlah sebenar hanya diketahui selepas semua kad pulang.
Sukar diauditRekod bertaburan dalam ratusan kad kertas.
Kad kutipan fizikal Danathon 2025 PIBG SK Taman Sri Rampai dengan nombor siri dan kod QR Herepay
Kad kutipan fizikal masih digunakan pada 2025, tetapi kali ini setiap kad datang bersama kod QR Herepay. (Kod QR dalam gambar ialah ilustrasi.)

Kutipan infaq dan donathon kini lebih mudah.

Pembayaran digital mengubah cara PIBG mengutip dana. Penyumbang boleh menyumbang dari mana-mana sahaja melalui perbankan dalam talian, dan setiap sumbangan direkodkan secara automatik.

SK Taman Sri Rampai tidak membuang kad kutipan yang sudah biasa dengan ibu bapa. Mereka menaik tarafnya. Kad yang sama kini disertakan kod QR unik, jadi budaya donathon kekal, tetapi kerja manual hilang.

Kisah SK Taman Sri Rampai: 7 langkah Danathon 2025.

Danathon SKTSR 2025 berlangsung dari 3 November hingga 3 Disember 2025. Dana dikutip untuk menjadikan SK Taman Sri Rampai sebuah sekolah digital, menaik taraf kelas dan bilik khas dengan fasiliti digital, menyelenggara prasarana sekolah, serta menyokong aktiviti sukan dan kokurikulum.

  1. 1

    PIBG mohon permit dan kelulusan

    Sebelum kutipan bermula, PIBG memohon permit polis dan kelulusan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Nombor permit dan kelulusan dicetak pada setiap kad kutipan. Ini memberi keyakinan kepada penyumbang bahawa kutipan ini sah.

    Tip: Mohon awal, dan semak keperluan dengan PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri anda kerana prosesnya mungkin berbeza mengikut negeri.
    SURAT PERMOHONANKUTIPAN DANATHON 2025PIBGKELULUSAN
    Ilustrasi: permit polis dan kelulusan JPWPKL diperoleh sebelum kutipan bermula.
  2. 2

    PIBG daftar akaun Herepay

    Pendaftaran adalah percuma. Tiada yuran setup dan tiada yuran bulanan. Setelah akaun PIBG disahkan, PIBG boleh terus membina borang kutipan sendiri. Ketahui lebih lanjut tentang kutipan sumbangan PIBG dan harga Herepay.

  3. 3

    Bina borang bayaran Danathon

    PIBG membina satu borang kutipan yang memaparkan tujuan Danathon, tempoh kutipan dan jumlah terkumpul secara langsung. Penyumbang hanya perlu pilih jumlah, isi nama, emel dan nombor telefon, kemudian bayar.

    SKTSR juga menetapkan peraturan yang jelas: sumbangan RM10 ke atas dibuat dalam talian melalui QR Herepay, manakala sumbangan bawah RM10 boleh diserahkan secara tunai kepada pemilik kad.

    Ilustrasi borang. Paparan sebenar mungkin berbeza.

  4. 4
    Paling menarik

    Setiap kutipan ada kod QR unik

    Inilah rahsia utama kejayaan SKTSR. Setiap murid dan guru diberikan kod rujukan unik, sama seperti nombor siri pada kad mereka (contohnya SKTSR/2025/M0001).

    Apabila penyumbang mengimbas QR dan membuat bayaran, sumbangan itu direkodkan secara automatik di bawah nama pemilik kod. Tiada lagi catatan tangan, tiada lagi kiraan manual.

    Sebanyak 2,000 kod rujukan didaftarkan untuk Danathon ini. Hasilnya, RM40,844 dikutip terus melalui kod QR unik dalam 1,367 transaksi.

  5. 5

    Waris hanya kongsi QR untuk kutip sumbangan

    Ibu bapa tidak perlu lagi membawa kad dari rumah ke rumah. Mereka hanya kongsi kod QR atau pautan anak mereka di kumpulan WhatsApp keluarga, kumpulan pejabat dan media sosial.

    Penyumbang yang tinggal jauh boleh menyumbang dalam beberapa saat. Seorang murid sahaja berjaya mengumpul 50 transaksi, bukti betapa kuatnya rangkaian keluarga dan kenalan apabila menyumbang semudah menekan satu pautan.

  6. 6

    Ranking live: siapa kutip paling banyak?

    Papan pendahulu memaparkan kedudukan pengumpul secara masa nyata. Lima pengumpul teratas masing-masing mengutip antara RM1,706 hingga RM2,095.

    Murid, ibu bapa dan guru boleh lihat kedudukan mereka bila-bila masa. Ini mencetuskan persaingan sihat dan semangat untuk terus berkongsi sehingga hari terakhir.

    Nama dipendekkan untuk privasi.

  7. 7

    Majlis penutup dan hadiah

    Danathon ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada pengumpul terbanyak, termasuk basikal dan pelbagai hadiah menarik. Kerana setiap kutipan direkodkan secara automatik, pemilihan pemenang menjadi mudah, telus dan adil.

    Pemenang dipilih terus dari dataTiada kiraan semula kad. Ranking akhir sudah sedia pada hari terakhir kutipan.
    MAJLIS PENUTUPDANATHON SKTSR 2025MAJLIS PENUTUPDANATHON SKTSR 2025
    Ilustrasi: majlis penyampaian hadiah kepada pengumpul terbanyak Danathon SKTSR 2025.

Kenapa kaedah ini berjaya?.

Mudah dikongsiSatu kod QR boleh sampai kepada ratusan penyumbang melalui WhatsApp dan media sosial.
TelusSetiap sumbangan direkodkan dengan nama, jumlah dan masa. PIBG boleh pantau kutipan secara langsung.
KompetitifRanking live memberi semangat kepada murid dan keluarga untuk terus berkongsi.
Tanpa kos platformTiada yuran langganan, jadi tumpuan PIBG kekal pada kutipan.
Kekal mesra budaya sekolahKad kutipan masih ada. Ia cuma dinaik taraf dengan kod QR, jadi ibu bapa tidak perlu belajar cara baharu.

Kesimpulan.

Danathon SKTSR 2025 membuktikan bahawa kutipan sekolah tidak perlu bergantung pada kad manual dan kiraan tunai semata-mata. Dengan borang dalam talian, kod QR unik dan ranking live, PIBG SK Taman Sri Rampai mengutip lebih RM107,000 dalam sebulan, tanpa yuran langganan dan dengan 100% sumbangan masuk ke akaun PIBG.

Lebih 1,000 organisasi sudah menggunakan Herepay untuk kutipan mereka. Sekolah anda boleh jadi yang seterusnya.

Untuk PIBG & sekolah

Kutip dana 2X lebih pantas bersama Herepay

Borang kutipan, kod QR unik dan ranking live, siap dalam beberapa minit.

  • RM0 komitmen, tiada yuran pendaftaran atau bulanan
  • Caj transaksi serendah RM0.70
  • Gerbang bayaran (PSA) dikawal selia oleh PayNet & Bank Negara Malaysia

Soalan lazim.

Apa itu donathon sekolah?

Donathon (atau danathon) ialah program kutipan dana sekolah, biasanya dianjurkan oleh PIBG. Murid mengutip sumbangan daripada keluarga dan komuniti untuk tujuan seperti pembangunan prasarana dan aktiviti murid.

Perlukah PIBG mohon permit untuk buat donathon?

Dalam kes SK Taman Sri Rampai, PIBG mendapatkan permit polis dan kelulusan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semak keperluan terkini dengan PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri anda sebelum memulakan kutipan.

Bagaimana kod QR donathon berfungsi?

Setiap murid atau guru diberikan kod QR unik. Apabila penyumbang mengimbas kod itu dan membayar, sumbangan direkodkan secara automatik di bawah nama pemilik kod dan dipaparkan dalam ranking live.

Berapa kos guna Herepay untuk kutipan PIBG?

Herepay tidak mengenakan yuran pendaftaran atau yuran bulanan. Sumbangan masuk ke akaun PIBG tanpa potongan caj admin. Lihat butiran penuh di halaman harga Herepay.

Bagaimana penyumbang membuat bayaran?

Penyumbang membayar melalui perbankan dalam talian terus dari borang kutipan, sama ada melalui kod QR atau pautan yang dikongsi.

Bolehkah PIBG pantau kutipan secara langsung?

Boleh. PIBG boleh melihat jumlah terkumpul, senarai transaksi dan ranking pengumpul secara masa nyata, tanpa perlu menunggu kad dipulangkan.

This will close in 0 seconds

👋 Hai! Boleh kami bantu?