Herepay membolehkan anda menjual produk secara fleksibel — sama ada untuk pengalaman beli-belah lengkap atau kempen jualan terstruktur.
Jual Sambil Tidur. Herepay Urus Segalanya.
Kedai online dengan integrasi gerbang bayaran dalam satu platform.
RM0 Kos Mula · Hanya Bayar Per Transaksi
Jual Produk Mengikut Gaya Anda
Marketplace
Ideal untuk pengalaman kedai dalam talian
Paparkan pelbagai produk, benarkan pelanggan menambah ke troli, dan bayar sekali gus — seperti Shopee atau TikTok Shop, tapi di bawah jenama anda sendiri.
Borang Bayaran Storefront
Ideal untuk jualan terancang & kempen berstruktur
Cipta borang pembayaran siap sedia untuk setiap produk atau kategori. Sesuai untuk kempen derma, kutipan yuran, atau pra-tempahan acara.
Ciri-Ciri Hebat untuk Urus Jualan Anda
Nikmati fungsi lengkap untuk mengurus inventori, laporan, dan pengalaman pelanggan — semuanya automatik.
Pengurusan Varian
Urus pelbagai variasi produk seperti saiz, warna atau pakej dengan mudah dari satu tempat.
Analisa & Laporan
Pantau prestasi jualan anda dengan laporan automatik dan analisis masa nyata.
Pengurusan Stok
Pastikan stok sentiasa terkini dengan amaran automatik bila produk hampir habis.
Integrasi Penghantaran
Urus penghantaran pelanggan terus dari papan pemuka — sambungkan ke rakan kurier dengan satu klik.
Mulakan Jualan Tanpa Sebarang Komitmen
Tiada kos setup, tiada yuran tahunan — hanya bayar apabila barang anda terjual.
- Bayar ikut transaksi (Pay-as-you-scale).
- Automatik, cepat dan telus.
- Integrasi MyInvois (LHDN) tersedia tanpa caj
Caj Platform
- Kos permulaan: RM0
- Yuran Tahunan: RM0
- Model: Bayar Ikut Transaksi
- Kelebihan: Fungsi premium tanpa langganan bulanan
Termasuk Integrasi Gerbang Pembayaran
- Komitmen : RM 0 langganan tahunan
- Caj FPX: RM0.70 per transaksi
- Kad Tempatan: RM0.7 + 1% / transaksi
- Settlement: Diproses harian (maksima 3 hari bekerja)
Kenapa Guna Herepay Untuk Urus Jualan?
Herepay dibina untuk keadilan dan ketelusan. Tiada yuran tersembunyi, tiada langganan bulanan — hanya caj apabila anda benar-benar menjual.
RM0 Kos Setup. Tiada Caj Tersembunyi.
- Kadar perbandingan di atas adalah contoh sebagai rujukan sahaja.
- Caj FPX atau e-wallet tertakluk kepada pihak bank dan rakan pemproses.
- Tiada yuran pemasangan dan tiada yuran bulanan untuk Herepay.
Caj Platform
Model Platform
Caj Transaksi
Multi-Variant
Pengurusan Inventori
Split Payout
RM0 Kos Setup. Tiada Caj Tersembunyi.
- Kadar perbandingan di atas adalah contoh sebagai rujukan sahaja.
- Caj FPX atau e-wallet tertakluk kepada pihak bank dan rakan pemproses.
- Tiada yuran pemasangan dan tiada yuran bulanan untuk Herepay.
Soalan Lazim
Apa beza Herepay Storefront dengan platform lain?
Herepay Storefront bersifat lightweight, pantas dan tidak kompleks. Ia dibina berasaskan integriti data, supaya jualan, stok dan bayaran sentiasa selari.
Apa maksud Herepay berasaskan integriti data?
Setiap jualan, variasi produk dan pergerakan stok direkodkan secara tepat. Ini mengelakkan jualan berlebihan, stok negatif dan kesilapan kiraan manual.
Saya ada satu produk dengan pelbagai varian (warna & saiz). Boleh guna Herepay?
Ya. Herepay membolehkan anda tetapkan varian produk seperti warna dan saiz di bawah satu produk utama dengan mudah.
Bagaimana Herepay urus pergerakan inventori untuk produk bervarian?
Setiap varian mempunyai stok sendiri. Apabila satu varian terjual, stok varian tersebut akan dikemaskini secara automatik.
Saya stress kira stok secara manual. Bagaimana Herepay bantu?
Herepay mengurus stok secara automatik. Anda tidak perlu lagi kira atau kemaskini stok secara manual selepas setiap jualan.
Adakah risiko stok terlebih jual (overselling)?
Tidak. Sistem akan menutup jualan secara automatik apabila stok varian habis, memastikan tiada jualan berlebihan.
Bolehkah saya pantau baki stok dengan mudah?
Ya. Papan pemuka Herepay memaparkan baki stok mengikut produk dan varian secara masa nyata.
Bagaimana Herepay bantu urusan penghantaran (shipping)?
Herepay membolehkan anda mengumpul maklumat penghantaran pelanggan dengan kemas, termasuk nama, alamat dan nombor telefon.
Adakah maklumat shipping disusun dengan baik untuk rujukan?
Ya. Semua maklumat pesanan dan penghantaran direkodkan secara teratur, memudahkan proses pembungkusan dan penghantaran.
Siapa yang sesuai guna Herepay Storefront?
Sesuai untuk penjual yang mahu jual cepat, urus stok dengan teratur, dan elakkan sistem yang terlalu kompleks.
Apa bukti stok Herepay tepat dan boleh dipercayai?
Herepay telah digunakan untuk pengurusan jualan tiket bas pelajar MRSM, di mana baki tempat duduk (seat) dikawal secara masa nyata.
Bagaimana sistem stok Herepay diuji dalam situasi sebenar?
Dalam kes tiket bas pelajar pulang bermalam, Herepay mengurus lebih 150 bayaran dalam masa yang hampir serentak tanpa berlaku lebihan jualan.
Kenapa kes tiket bas membuktikan ketepatan stok?
Setiap tiket mewakili 1 seat sahaja. Apabila seat habis, jualan akan ditutup secara automatik, memastikan tiada lebihan tempahan.
Adakah Herepay sesuai untuk jualan dengan stok terhad (limited)?
Ya. Herepay sangat sesuai untuk produk atau perkhidmatan dengan baki terhad seperti tiket, tempat duduk, slot atau kuota.
Bagaimana Herepay pastikan stok tidak bercanggah semasa trafik tinggi?
Sistem Herepay direka untuk mengemaskini stok secara masa nyata, walaupun ramai pembeli membuat bayaran serentak.
Adakah risiko double booking atau stok negatif?
Tidak. Herepay menghalang double booking dengan mengunci stok setiap kali transaksi berlaku.
Bolehkah sistem ini digunakan di luar konteks sekolah?
Ya. Model yang sama sesuai untuk jualan tiket acara, tempahan slot, produk edisi terhad dan bisnes dengan stok kecil tetapi permintaan tinggi.
Mengapa ini penting untuk waris dan pembeli?
Pembeli mendapat pengalaman bayaran yang lancar, adil dan telus, tanpa perlu risau tiket atau stok sudah habis selepas bayar.
Bagaimana ini membantu organisasi atau penjual?
Penjual tidak perlu semak stok secara manual dan boleh elakkan aduan akibat lebihan jualan.
Siapa paling sesuai guna ciri ini?
Organisasi atau bisnes yang mempunyai stok terhad, jualan pantas dan trafik tinggi dalam masa singkat.
Gandakan jualan tanpa sebarang komitmen
Herepay bantu anda bina kedai digital di bawah jenama sendiri, lengkap dengan laporan jualan, pengurusan inventori, dan bayaran automatik terus ke akaun anda.
