Kira Potongan Cukai Berjadual (MTD), EPF, SOCSO, EIS & gaji bersih anda. Pantas, percuma, tiada iklan.

✓ Data kekal di peranti anda✓ Kadar YA 2026✓ Tiada pendaftaran

Butiran anda

Tetapan lanjut (pilihan)
⚠️ Anggaran sahaja. Untuk kes biasa (gaji tetap bulanan). Bonus, komisen, atau MTD terkumpul mungkin berbeza. Kalkulator rasmi & muktamad: calcpcbplus.hasil.gov.my (LHDN).

Keputusan

PCB sebulan (anggaran)
RM0
Gaji kasarRM0
EPF pekerja (11%)− RM0
SOCSO pekerja (0.5%)− RM0
EIS pekerja (0.2%)− RM0
PCB (cukai)− RM0
Gaji bersih sebulanRM0
Kos majikan & pecahan cukai
EPF majikan (13%)RM0
SOCSO majikan (1.75%)RM0
EIS majikan (0.2%)RM0
Jumlah kos majikan sebulanRM0
Pendapatan bercukai setahunRM0
Cukai setahun (selepas rebat)RM0

Gaji keluar tiap bulan. Duit masuk pula?

Herepay bantu perniagaan & organisasi terima bayaran online: FPX, DuitNow QR & pautan bayaran, dengan rekod kemas.

Daftar Herepay →

Apa itu PCB (Potongan Cukai Berjadual)?

PCB (atau Monthly Tax Deduction, MTD) ialah cukai pendapatan yang dipotong daripada gaji pekerja setiap bulan oleh majikan, dan dihantar kepada LHDN sebelum 15 haribulan berikutnya. Ia sistem "bayar semasa peroleh" supaya pekerja tidak terkejut dengan cukai besar hujung tahun.

Macam mana PCB dikira?

Ringkasnya: pendapatan tahunan ditolak caruman EPF dan pelepasan (relief) peribadi untuk dapat pendapatan bercukai. Kadar cukai progresif dikenakan, ditolak rebat, kemudian dibahagi 12 untuk anggaran PCB sebulan.

Pendapatan bercukai (RM)Kadar atas lebihanCukai terkumpul (RM)
0 - 5,0000%0
5,001 - 20,0001%0
20,001 - 35,0003%150
35,001 - 50,0006%600
50,001 - 70,00011%1,500
70,001 - 100,00019%3,700
100,001 - 400,00025%9,400
400,001 - 600,00026%84,400
600,001 - 2,000,00028%136,400
2,000,001 ke atas30%528,400

Rebat RM400 diberi jika pendapatan bercukai ≤ RM35,000 (tambah RM400 untuk pasangan jika berkahwin & pasangan tiada pendapatan).

Soalan lazim

Gaji berapa baru kena PCB?

Bagi individu bujang, PCB biasanya bermula sekitar gaji RM3,500-4,000 sebulan (selepas EPF & pelepasan). Di bawah itu, rebat RM400 selalunya menjadikan cukai sifar.

PCB termasuk EPF dan SOCSO?

Tidak. PCB ialah cukai pendapatan sahaja. EPF, SOCSO dan EIS adalah potongan berasingan. Kalkulator ini tunjuk kesemuanya + gaji bersih anda.

Adakah kiraan ini rasmi?

Ini anggaran tepat untuk kes gaji tetap bulanan, guna jadual cukai & kadar rasmi. Untuk pengesahan muktamad (terutama bonus/komisen), guna kalkulator rasmi LHDN di calcpcbplus.hasil.gov.my.

Data saya selamat?

Ya. Semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda. Tiada maklumat gaji dihantar ke mana-mana pelayan.

Kadar YA 2026 · Jadual cukai LHDN · EPF 11% · SOCSO/EIS siling RM6,000. Anggaran, bukan nasihat cukai. © Herepay

This will close in 0 seconds

👋 Hai! Boleh kami bantu?