Maklumat ringkas ini disediakan untuk menjawab persoalan umum dan memahami dengan lebih jelas.
Soalan Lazim
Apa itu Herepay?
Herepay adalah sistem kutipan yuran & dana 100% online menerusi borang bayaran dengan integrasi payment gateway.
Apa fungsi yang ada pada Herepay?
Fungsi utama yang ada pada Herepay adalah seperti berikut :-
1. Borang Bayaran Online
2. Add-On Donation ‘Tips’
3. Database Pelajar & Penyumbang
4. Laporan Kutipan ‘Real-Time’
Berapa kos untuk saya guna Herepay?
Herepay tiada kos langgnan bulanan dan tahunan (RM0) SERTA RM 0 Kos pendaftaran.
Semua organisasi telah diaktifkan fungsi lite dan Pro:
Fungsi Pro : Tiada langganan bulanan / tahunan. Dicaj hanya kepada transaksi yang berlaku (pay as you go).
Siapa yang patut guna Herepay?
Herepay mempunyai fungsi versatail yang digunakan untuk semua entiti yang mempunyai kutipan yuran, infaq dan jualan.
Segment
– Pendidikan
– Non profit oRganisation : masjid / surau / yayasan / persatuan
– Bisnes / kedai online
Berapa caj transaksi Herepay ambil?
Caj FPX online banking – B2C – RM 0.70 Per transaksi | B2B = RM 2 per transaksi.
Caj FPX online banking – kad kredit : RM 0.70 + 1%.
Adakah Herepay merupakan payment gateway?
Ya. Herepay berfungsi sebagai payment gateway yang menyediakan kemudahan API dan plugin untuk menyokong kutipan digital organisasi anda.
Boleh paparan kutipan dana / infaq dipaparkan ke umum?
Ya, boleh. Maklumat kutipan semasa akan dipaparkan di bahagian dashboard sistem Herepay secara masa nyata (live) dan telus.
Adakah saya perlu langgan Herepay secara bulanan?
Semua pengguna boleh mengakses Herepay Lite dan Herepay Pro tanpa yuran langganan bulanan atau tahunan.
Fungsi Pro bersifat pay per use (organisasi hanya tanggung kos borang bayaran apabila transaksi berlaku).
Bagaimanakah Herepay menjana keuntungan?
Herepay merupakan platform bayaran dengan kadar caj fleksibel.
Kadar caj di Herepay merangkumi:
– kadar caj FPX Online banking
– Penggunaan fungsi Pro
– Agihan tips antara organisasi dan Herepay selaku penyedia platform (fungsi tambahan)
Adakah Herepay boleh dipercayai?
Herepay merupakan platform kutipan yuran dan gerbang bayaran yang berdaftar di bawah suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM).
Herepay merupakan gerbang bayaran (ejen bank sah) Maybank. Setiap gerbang bayaran dikawal selia sepenuhnya oleh Payment Network Malaysia (PayNet) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.
Kenapa saya kena guna Herepay berbanding yang lain?
Kerana Herepay adalah sistem yang melajukan proses kutipan yuran & dana 2X serta membantu organisasi menerima 20-30% dana melalui borang bayaran online.
Bagaimana saya nak buat borang bayaran untuk kutip dana dengan Herepay?
Anda perlu membuat pendaftaran akaun dan boleh buat borang bayaran sendiri atau boleh hubungi Support Herepay untuk bantuan.
Berapa lama proses settlement Herepay?
Proses settlement ambil masa 1-3 hari waktu bekerja untuk masuk ke akaun organisasi.
Adakah Herepay ada caj tersembunyi?
Tiada. Setiap kadar caj dinyatakan secara terperinci setiap kali borang bayaran ingin dibina oleh organisasi.
Bolehkah saya keluarkan laporan kutipan untuk audit?
Ya. Anda boleh memuat turun laporan lengkap meliputi transaksi, rekod kutipan & penyata settlement.
Adakah Herepay patuh dengan piawaian keselamatan data?
Ya, Kami menggunakan sistem penyulitan piawaian industri dan mematuhi peraturan keselamatan untuk melindungi data anda.
Apa beza Herepay dengan platform lain seperti Toyyibpay / Billplz?
Herepay berbeza daripada Toyyibpay dan Billplz kerana ia lebih fokus kepada pengurusan kutipan yuran, sumbangan / dana dan jualan produk untuk PIBG, NGO dan organisasi.
Herepay menyediakan borang bayaran khas dan laporan kutipan yang tersusun serta komprehensif untuk kegunaan organisasi bukan sahaja menerima bayaran.
Adakah Herepay sesuai digunakan oleh masjid, NGO atau persatuan?
Ya. Herepay memang direka untuk institusi awam, NGO, masjid, sekolah, PIBG, komuniti, dan organisasi yang berdaftar di bawah SSM / ROS.
Perlu ke saya ada akaun bank organisasi untuk daftar?
Ya, perlu. Pendaftaran Herepay hanya menerima akaun bank organisasi sahaja & akaun individu tidak dibenarkan untuk mendaftar.
Adakah Herepay boleh digunakan untuk jualan produk?
Ya. Herepay boleh digunakan untuk jualan produk melalui payment form / storefront, sesuai untuk jualan buku, uniform dan lain-lain oleh sekolah dan juga entiti perniagaan / kedai online.
Apa jenis payment form yang Herepay sediakan?
Herepay menyediakan borang pembayaran (payment form) untuk:
– Kutipan yuran
– Derma / infaq
– Jualan produk
Apa kelebihan Herepay untuk PIBG dan sekolah berbanding kutipan manual?
Antara kelebihan Herepay:
– Info bayaran & perincian kutipan real time
– Resit bayaran dijana automatik
– Memudahkan bendahari (tanpa melibatkan guru kelas)
– Laporan kutipan berdasarkan kempen dijana automatik
Adakah Herepay boleh digunakan untuk crowdfunding dengan progress bar?
Ya, boleh.
Herepay boleh digunakan untuk crowdfunding dan dilengkapi progress bar yang memaparkan kutipan secara (real-time).
Siapa yang akan bantu jika saya ada masalah teknikal?
Herepay menyediakan sokongan pelanggan melalui:
Help Centre: Klik sini
Emel: hi@herepay.org
Whatsapp: https://wa.me/601151404297
Bagaimana saya nak mula gunakan Herepay langkah pertama?
Langkah asas:
1. Daftar akaun Herepay
2. Isi maklumat organisasi
3. Proses verifikasi dalam masa kurang 1 jam
4. Bina borang bayaran & mula kutipan
Adakah Herepay menyokong e-invoice LHDN?
Ya, Herepay menyokong e-Invois LHDN (MyInvois) dan mematuhi Akta 240 serta garis panduan PIBG, dengan rekod kewangan yang telus dan sedia untuk audit.
Bolehkah saya customise borang pembayaran?
Ya, boleh.
Herepay menyediakan fungsi Custom Invoice yang membolehkan anda menyesuaikan borang pembayaran mengikut keperluan anda.
Adakah Herepay boleh integrasi API (FPX API) dengan website saya sendiri?
Ya. Anda boleh menggunakan API dan Plugin Gerbang Bayaran yang tersedia di Herepay.
Klik untuk baca dokumentasi lengkap:
Baca Dokumentasi API
Baca Dokumentasi Plugin
Bolehkah saya guna Herepay tanpa SSM?
Tidak boleh.
Herepay hanya boleh digunakan oleh organisasi yang berdaftar dengan SSM atau ROS.
Berapa lama proses approval akaun Herepay?
Proses approval / verifikasi akaun Herepay hanya mengambil masa kurang daripada 1 jam.
Adakah Herepay mempunyai mobile app?
Tidak, Herepay buat masa ini hanya tersedia dalam versi web (web-based) dan belum mempunyai aplikasi mudah alih.
Adakah Herepay mesra pengguna untuk ibu bapa yang tidak mahir teknologi?
Ya, Herepay direka mesra pengguna dan turut menyediakan panduan cara bayaran untuk memudahkan ibu bapa yang kurang mahir teknologi.
Bolehkah Herepay digunakan untuk event registration atau jualan tiket?
Ya, Boleh digunakan melalui borang bayaran (inventory / storefront) untuk yuran pendaftaran atau tiket acara.
Adakah Herepay akan tambah pembayaran kad kredit / ewallet?
Ya, Fungsi pembayaran kad kredit dan e-wallet akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Adakah Herepay menyediakan QR code untuk pembayaran?
Ya, Setiap borang pembayaran Herepay disertakan dengan QR code yang terus membawa ke borang bayaran untuk memudahkan proses pembayaran.
Adakah Herepay menyokong multi-bank untuk satu organisasi?
Ya, Herepay menyokong multi-bank untuk satu organisasi, dengan syarat semua akaun bank didaftarkan menggunakan nama pemegang akaun (holder name) yang sama.
Dokumen apa yang diperlukan untuk daftar Herepay?
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Herepay ialah:
1) Emel rasmi organisasi
2) Salinan sijil SSM / ROS / SKM
3) Penyata bank (letterhead)
Adakah Herepay sesuai untuk kutipan yuran bulanan?
Ya, sesuai.
Herepay sesuai untuk kutipan yuran bulanan melalui fungsi Custom Invoice dan menyokong pembayaran secara ansuran.
Adakah Herepay menyediakan resit automatik PDF
Ya, Herepay menyediakan resit automatik dalam format PDF yang boleh dimuat turun melalui emel pembayar selepas bayaran berjaya.
Adakah Herepay simpan maklumat kad bank pelanggan?
Tidak, Herepay tidak menyimpan maklumat kad atau bank pelanggan kerana setakat ini pembayaran dibuat melalui FPX Online Banking.
Bolehkah Herepay detect pembayaran manual yang dimasukkan dalam bank?
Tidak, Herepay hanya merekod pembayaran yang dibuat melalui platform Herepay sahaja dan tidak dapat mengesan pembayaran manual yang dimasukkan terus ke akaun bank.
Berapa lama data laporan boleh disimpan?
Data organisasi dan butiran transaksi akan disimpan di dalam pengkalan data selamat Herepay tanpa had masa (Tidak akan dipadam).
Saya ada platform jualan / laman web / kedai online sendiri Adakah herepay menyediakan integrasi API & Plugin gerbang bayaran untuk FPX Online banking dan kad kredit?
Ya, Herepay menyediakan integrasi gerbang bayaran (API) untuk FPX online banking dan juga plugin.
Link API Payment gateway
Link Plugin
Bolehkah ibu bapa buat bayaran walaupun tiada online banking?
Boleh, tetapi tidak digalakkan.
Herepay menyokong pembayaran online banking dan penggunaan online banking adalah lebih digalakkan untuk proses yang lebih lancar dan selamat.
Adakah Herepay akan menambah fungsi multi-currency?
Ya, Herepay merancang untuk menambah sokongan multi-currency pada masa akan datang.
Urus pembayaran dengan lebih mudah
Herepay menyediakan solusi pembayaran digital yang menyokong FPX, kad dan e-dompet — direka untuk transaksi yang lancar, selamat dan dipercayai.
