e-Invois wajib ke untuk perniagaan saya?
Masukkan perolehan tahunan anda dan dapatkan jawapan dalam 10 saat: adakah anda sudah wajib, sejak bila, dan apa yang masih belum siap.
Guna angka perolehan tahunan perniagaan anda. LHDN merujuk penyata kewangan sebagai asas.
Yang masih belum siap:
| Perolehan tahunan | Wajib mulai |
|---|
Sumber: Garis Masa Pelaksanaan e-Invois, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (hasil.gov.my), dikemas kini 7 Disember 2025. Semak semula di laman LHDN sebelum membuat keputusan.
Herepay tidak hantar e-invois untuk anda, tetapi ia kemaskan separuh kerja
e-Invois dihantar ke MyInvois LHDN melalui portal MyInvois atau penyedia yang berdaftar. Yang Herepay buat ialah bahagian pungutan: setiap bayaran masuk dengan rekod kemas, nombor rujukan dan butiran pembayar, jadi data yang anda perlukan untuk menyediakan invois sudah tersusun, bukan bersepah dalam penyata bank.
Apa itu e-Invois
e-Invois ialah invois dalam bentuk digital yang dihantar kepada LHDN untuk pengesahan, bukan sekadar PDF yang anda emel kepada pelanggan. Selepas disahkan, LHDN mengeluarkan nombor pengesahan unik dan invois itu menjadi rekod rasmi untuk tujuan cukai.
Siapa yang dikecualikan
Mengikut LHDN, pembayar cukai dengan perolehan atau hasil tahunan kurang daripada RM1,000,000 dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois. Kalau perniagaan anda melepasi jumlah itu kemudian, kewajipan akan terpakai.
Apa yang perlu disiapkan dahulu
Dua perkara yang paling kerap melambatkan perniagaan kecil ialah data pelanggan yang tidak lengkap, dan rekod jualan yang bertaburan. Kedua-duanya perlu dikemaskan sebelum apa-apa sistem e-invois boleh berfungsi dengan lancar, kerana setiap e-invois memerlukan butiran pihak pembeli dan nilai transaksi yang tepat.