Pernah terfikir yang surat sumbangan ikhlas memerlukan aspek dan contoh yang tepat? Ini supaya mesejnya sampai dan ibu bapa memberi sumbangan tanpa halangan. Ramai mengabaikan ciri-ciri penting dalam surat sumbangan lalu merasakan surat sumbangan ikhlas tidak ubah seperti meminta derma. Jauh sekali, kerana sebagai badan sekolah atau organisasi yang membantu orang ramai sememangnya memerlukan dana dan sumbangan orang awam. Barulah mereka dapat meneruskan misi dan sasaran mereka. Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat contoh surat memberi sumbangan ikhlas.

Perlu resit rasmi untuk sumbangan yang diterima?

Selepas sumbangan masuk, pihak sekolah atau persatuan biasanya perlu mengeluarkan resit. Penjana Invois & Resit Herepay boleh menjana resit PDF secara percuma, tanpa pendaftaran.

Jana resit percuma

Apa Itu Surat Memberi Sumbangan Ikhlas?

Surat ini adalah surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah atau badan organinasi untuk memohon sumbangan daripada individu atau ibu bapa. Surat ini dikategorikan sebagai surat hebahan rasmi pihak sekolah dan biasanya akan dikeluarkan apabila pihak sekolah memerlukan dana tambahan untuk menjayakan satu-satu majlis atau projek.

Faedah Buat Surat Memberi Sumbangan Ikhlas

  • Simbol Komunikasi Antara Dua Pihak Surat ini dikeluarkan sebagai sebuah komunikasi antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa.
  • Tanda Persetujuan Pemberian Sumbangan Kebiasaannya surat memohon sumbangan mempunyai lampiran yang perl diisi oleh ibu bapa yang menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk memberikan sumbangan.
  • Dokumen & Rekod Untuk Penyata Kewangan Lampiran yang disertakan dalam surat ini dijadikan sebagai bukti transaksi dan digunakan sebagai rekod dalam penyata kewangan sekolah
  • Ringankan Beban Pihak Yang Memerlukan Sumbangan Sudah tentunya sumbangan yang dipohon akan meringan beban kewangan pihak sekolah yang cuba sedaya upaya menjaya sesebuah program di sekolah. Kejayaan program seperti Hari Sukan atau Hari Kantin secara tidak langsung memberikan pengalaman unik anak-anak bersekolah.

3 Contoh Surat Memberi Sumbangan Ikhlas

Format surat memberi sumbangan ikhlas adalah format surat rasmi, tajuk dan tandatangan. Ia juga memerlukan surat lampiran untuk ibu bapa memberi jawapan kepada sumbangan yang dipinta. Berikut adalah contoh-contoh surat sumbangan yang boleh anda gunakan. 1. Surat Sumbangan Ikhlas Hari Guru 2. Surat Sumbangan Ikhlas Hari Kantin 3. Surat Sumbangan Ikhlas Lawatan Sambil Belajar

Artikel Berkaitan

Kutip Sumbangan Ikhlas Secara Online Dengan Herepay

Selain hantar surat sumbangan, mudahkan proses kutipan. Herepay bina borang bayar dalam 5 minit dan hantar resit automatik kepada setiap penyumbang.

Daftar Percuma Sekarang →

Tiada kad kredit diperlukan · Setup dalam 5 minit

This will close in 0 seconds

👋 Hai! Boleh kami bantu?