Ramai yang kurang pasti cara tulis resit bayaran dengan lengkap. Kesalahan atau kekurangan maklumat pada resit biasanya akan mengundang pelbagai masalah termasuk masalah ketika audit kelak. Berikut adalah perkongsian ringkas mengenai resit bayaran dan cara menulis resit tersebut
Malas tulis tangan? Jana resit dalam 1 minit
Penjana Invois & Resit Herepay sudah lengkap dengan medan yang disebut di bawah: nama pembayar, tarikh, item, diskaun, SST dan jumlah. Muat turun PDF atau hantar terus ke WhatsApp.
Apa Itu Resit Bayaran?
Resit secara mudah adalah dokumen yang menyatakan perincian ringkas sesuatu barang atau perkhidmatan berharga telah diterima. Dokumen ini mempunyai nilai pada undang-undang komersial. Ia dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli atau penerima membuat pembayaran sebagai sebuah bukti transaksi telah dilakukan. Dokumen resit ini mengandungi perincian pembeli dan komoditi seperti kuantiti, harga, cukai, potongan harga, cara dan tarikh pembayaran, jumlah pembayaran, nombor resit dan tandatangan penjual atau ejennya.
Kenapa Resit Bayaran Penting?
1. Bukti Pembelian Produk/Servis
Resit menjadi bukti penting sesuatu urusniaga jual beli. Ia perlu disimpan dan boleh digunakan sebagai rujukan ketika audit atau bukti transaksi.
2. Rekod Transaksi Duit Masuk Organisasi
Sebagai sebuah dokumen, resit juga boleh digunakan ketika semak silang (cross check) dengan rekod transaksi duit yang masuk ke akaun organisasi.
3. Dokumen Semakan Prestasi Kewangan
Duit yang diterima pastinya akan dikeluarkan resit kepada pelanggan. Secara tidak langsung, resit menjadi dokumen semakan prestasi kewangan organisasi.
4. Dokumen Audit Stok Produk
Pada sesebuah resit, akan tertulis lengkap nama dan unit produk yang telah dibeli pelanggan. Jadi ia juga boleh digunakan sebagai rujuk silang ketika audit stok.
Cara Lengkap Tulis Resit Bayaran Untuk Pelanggan
1. Tulis Nama Pembayar
2. Tulis Tarikh Transaksi
3. Tulis Jenis Produk/Servis yang Dibeli
4. Tulis Harga Asal Produk/Servis
5. Masukkan Diskaun (jika ada)
6. Tulis Jumlah Harga Dibayar Pembeli
7. Tandatangan Resit Bayaran Untuk Pengesahan
Artikel Berkaitan
Keluarkan Resit Automatik Dengan Herepay
Jimat masa dengan resit automatik. Setiap pembayaran melalui Herepay menjana resit yang lengkap dan dihantar terus ke emel pelanggan.
Tiada kad kredit diperlukan · Setup dalam 5 minit