Apa itu Muafakatpay
Muafakatpay merupakan inisiatif khas oleh Herepay Sdn Bhd untuk membantu Muafakat MRSM dan Kolej Profesional MARA untuk:
melajukan dan efisienkan proses kutipan yuran dan dana
menambah pendapatan Muafakat MRSM
mengurangkan bebanan tugas manual, renyah dan berulang oleh AJK Muafakat MRSM
APA ITU FUNGSI ‘CONTRIBUTION’ DI PLATFORM MUAFAKATPAY
Fungsi Contribution di Muafakatpay merupakan fungsi unik yang diperkenalkan oleh platform Muafakatpay by Herepay.
Fungsi Contribution ialah pilihan (optional/sukarela) kepada pembayar / penyumbang untuk menyumbang contribution (dana tambahan) kepada organisasi Muafakat MRSM / Kolej Professional MARA yang menggunakan platform Muafakatpay.
Fungsi Contribution di platform Muafakatpay
Fungsi Pilihan : Penyumbang mempunyai pilihan untuk menanda ‘ I don’t want to contribute any additional funds to Muafakat MRSM’ sekiranya penyumbang memilih untuk tidak memberikan tambahan ‘Contribution’ kepada organisasi tersebut.
Manfaat fungsi ‘Contribution’ kepada Muafakat MRSM
Tambahan dana : Muafakat Cawangan MRSM akan menerima tambahan dana dari fungsi Contribution (selepas perkongsian bersama platform bayaran) bersama-sama dengan kutipan induk.
Nilai tambah : Hasil contribution yang disumbangkan pembayar dapat memberikan nilai tambah kepada Muafakat Cawangan MRSM dalam bentuk program – program tambahan dan juga apa – apa ruang aktiviti yang direncanakan oleh pihak AJK Muafakat Cawangan MRSM.
Tanggungjawab Sosial: Dengan fungsi Contribution, individu dapat memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan cara yang mudah dan praktikal.
Mengapa ada perkongsian Contribution di antara organisasi (Muafakat MRSM) dan penyedia Platform Muafakatpay (Herepay)?
Percuma & Fleksibel :Platform Muafakatpay diberikan secara PERCUMA (RM 0) tanpa sebarang kos permulaan (setup), langganan bulanan dan tahunan kepada semua Muafakat MRSM (organisasi).
Agihan sama rata : Dengan agihan Contribution secara sama rata (50% Muafakat Cawangan MRSM : 50% Herepay), ini membolehkan platform Muafakatpay dapat berfungsi secara sustainable.
Kelansungan Sistem : Agihan Contribution dapat menampung kos penyelenggaraan platform Muafakatpay. Ini membolehkan platform ini dapat terus dilanggan secara PERCUMA kepada seluruh Muafakat Cawangan MRSM.
Giving back : Konsep Contribution yang dibawakan oleh Herepay ini amat berbeza dengan konsep ‘caj penyelenggaraan” yang diamalkan oleh platform lain. Tidak seperti platform lain yang mengambil keseluruhan 100% sumbangan pembangunan platform, Herepay mengambil pendekatan untuk turut berkongsi sumbangan itu kepada pembangunan organisasi yang berdaftar di platform Muafakatpay.
Manfaat bersama : Bukan sahaja pihak organisasi menerima jumlah pembayaran PENUH dari ibu bapa, tetapi organisasi juga turut menerima agihan dari sebarang TAMBAHAN CONTRIBUTION yang disumbangkan.
Ketelusan dan Pilihan
Penyedia platform (Herepay) HANYA berkongsi agihan sama rata untuk item CONTRIBUTION sahaja.
Sekiranya penyumbang memilih untuk tidak memberikan sumbangan Contribution, Herepay tidak mengambil sebarang potongan kepada item induk transaksi yang dilakukan.
Sekolah terima penuh sumbangan / yuran (tanpa potongan kepada Herepay) sekiranya penyumbang tidak memberikan Contribution)
Mengapa pilih Herepay?: Misi kami adalah untuk menyediakan platform pembayaran yang terbaik dan telus kepada komuniti dan organisasi.
Kesimpulannya, Herepay bukan hanya berfungsi platform pembayaran; ia ialah inisiatif komuniti untuk memberikan lebih banyak nilai tambah khususnya dana secara langsung kepada organisasi.