Resit bayaran merupakan sebuah dokumentasi kewangan yang ramai orang ambil enteng dari sudut cara tulis dan kaedah penyimpanan. Sebagai seorang yang menjaga kira-kira, kehilangan resit atau salah cara tulis info resit akan mengundang masalah ketika audit kewangan. Berikut adalah perkongsian ringkas mengenai resit dan juga cara tulis resit bayaran secara manual dan automatik.
Nak terus jana resit siap format?
Guna Penjana Invois & Resit percuma Herepay. Isi butiran, muat turun PDF, atau hantar terus kepada pelanggan melalui WhatsApp. Tiada pendaftaran, dan semua pengiraan berlaku dalam pelayar anda.
Apa Itu Resit Bayaran?
Resit secara mudah adalah dokumen yang menyatakan perincian ringkas sesuatu barang atau perkhidmatan berharga telah diterima. Dokumen ini mempunyai nilai pada undang-undang komersial. Ia dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli atau penerima membuat pembayaran sebagai sebuah bukti transaksi telah dilakukan. Dokumen resit ini mengandungi perincian pembeli dan komoditi seperti kuantiti, harga, cukai, potongan harga, cara dan tarikh pembayaran, jumlah pembayaran, nombor resit dan tandatangan penjual atau ejennya.
Apa Itu Invois Payment?
Invois adalah perakuan yang diberikan oleh vendor (pembekal barangan atau perkhidmatan) untuk meminta pembayaran ke atas barang atau servis kepada penerima Dokumen ini juga mempunyai nilai pada undang-undang komersial. Kebiasaannya, setelah invois dikeluarkan, tiada lagi rundingan di antara vendor dan pembeli. Pada invois akan tertulis perincian seperti nombor invois, nama penerima, nama vendor, tarikh invois dikeluarkan, cara pembayaran, barang atau perkhidmatan yang dipinta, jumlah yang perlu dibayar, cukai, diskaun dan tandatangan vendor. Berbeza dengan resit, invois ini dihantar sebelum pembayaran pada vendor dilakukan.
Jenis Resit Bayaran Untuk Perniagaan
Ada 2 jenis resit yang biasa digunakan dalam perniagaan.
1. Resit Rasmi
Resit rasmi ini biasanya digunakan untuk jual beli ringkas namun bernilai besar. Kebiasaannya urusniaga yang melibatkan penggunaan cek. Buku resit rasmi ini biasanya terjual di kedai alat tulis, dan setiap helai ada ‘carbon copy’ tersendiri. Setiap helai juga sudah tercetak nombor siri. Antara maklumat yang perlu ditulis pada resit ini ialah: Nama syarikat / individu yang membayar Nilai / amoun yang dibayar Nombor cek (jika perlu) Bank cek yang dikeluarkan (jika perlu) Tarikh transaksi Dinasihatkan semasa menulis maklumat ini pada resit, perlu dialas dengan kertas keras atau cardboard agak, helaian terseterusnya tidak bertanda.
2. Resit Tunai
Resit tunai adalah resit yang kita akan terima semasa membeli apa jua produk yang biasanya berbentuk tunai. Berbeza dengan Resit Rasmi, Resit tunai biasanya ada kolum yang banyak untuk mencatat item-item yang dibeli oleh pembeli.
Fungsi Resit Bayaran
1. Semakan Rekod
Adakalanya penjual / vendor bahkan pembeli akan terlupa sama ada transaksi jual beli telah dilakukan. Resit adalah instrumen ringkas namun berkesan sebagai bukti penerimaan dan pembayaran telah dibuat.
2. Audit Akaun
Setiap perniagaan akan melalui proses audit kewangan setiap tahun. Jadi resit menjadi antara dokumen terpenting untuk disimpan dan disemak ketika audit.
3. Eksport Rekod
Resit yang disimpan secara elektronik lebih mudah didokumentasikan, kekal lama dan senang dicari. Pada masanya ia mudah dieksport keluar semasa audit nanti.
Cara Tulis Resit Bayaran Manual
1. Tulis Nama Pembayar
Nama pembayar perlu jelas dan tepat. Adakalanya kesilapan kecil akan dipersoal auditor.
2. Tulis Tarikh Transaksi
Ini sangat penting kerana tarikh akan menentukan bila transaksi tersebut dilakukan. Pastikan tarikh ditulis termasuk tahun.
3. Tulis Jenis Produk/Servis
Bergantung kepada rujukan akan datang, produk/servis yang dijual ditulis secara spesifik. Jika resit untuk pembayaran seperti yuran, pastikan tertulis juga bulan atau caj yang dibayar. Ini sangat membantu semasa semakan semula.
4. Tulis Harga Produk/Servis.
Jika urusniaga melibatkan sen, ia perlu ditulis penuh. Pastikan ditulis harga asal barang atau servis yang dijual.
5. Masukkan Diskaun (jika ada)
Jika terdapat diskaun atau potongan harga, ia perlu ditulis dengan jelas
6. Tulis Jumlah Harga Yang Dibayar
Amoun atau jumlah yang dibayar juga mesti ditulis dengan jelas.
7. Tandatangan Resit Bayaran
Tandatangan atau cop daripada peniagaan mengesahkan resit yang dikeluarkan adalah resit sah.
Cara Tulis Resit Bayaran Automatik
1. Masukkan Nama
2. Masukkan Detail Produk/Servis
3. Masukkan Jumlah
4. Hantar ke Email/WhatsApp
Artikel Berkaitan
Resit Bayaran Automatik Dengan Herepay
Ucapkan selamat tinggal kepada resit manual. Pembayar terima resit automatik ke emel sebaik pembayaran selesai, dan boleh muat turun dalam bentuk PDF.
Tiada kad kredit diperlukan · Setup dalam 5 minit